Thursday, December 9, 2010

Makhluk yang buat kita pening

Jika kita kata dia cantik, dikatakan cuba menggoda,
Jika kita kata dia tak berapa nak cantik, di sangka menghina
Bila kita kata dia lemah dia protes,
Bila kita kata dia perkasa dia menangis

Mahu hak sama rata, tapi apabila disuruh berdiri dalam komuter dia masam
(Sambil membebel dalam hati, apa la mamat ni tak gentleman langsung,takde perasaan)

Mahu hak sama rata , disuruh angkat beras, macam nak nangis
(Sambil membebel dalam hati,apa punya laki…kita yang kena angkat beras)

Mahu hak sama rata , tapi bila suruh kerja berat, macam nak pengsan
(Sambil membebel dalam hati,ada ker dia suruh potong rumput , habis la tangan I.)

Bila kesalahannya diingatkankan, mukanya merah …
Bila di marah mukanya merah,
Bila di sanjung mukanya merah,
Jika marah mukanya merah,
Jika ketawa suka mukanya merah.
Ek eleh semua sama ? Pening!!

Di tanya ya atau tidak, jawabnya: diam
Ditanya tidak atau ya, jawabnya: diam
Ditanya ya atau ya, jawabnya: diam
Ditanya tidak atau tidak, jawabnya: diam
Bila kita diam dia pula marah ! Pening!!

Apa bila kita kata banyak mulut tersinggung,
Tapi kalau kita kata peramah suka pula … padahal sama saja maksudnya

Apa bila kita kata gemuk tak suka padahal maksud kita baguslah sihat..
Apa bila kita kata kurus suka padahal maksud kita “kenapa you menderita begini !!!!”

Itulah WANITA, makin kita pening makin dia suka …


p/s.....kalau bukan kerana WANITA aku tak lahir di bumi ini dan setiap lelaki ada tanggungjawab kepada WANITA samada ibu,isteri,adik perempuan dan anak dan yang paling penting aku sayang WANITA aku....

Tuesday, December 7, 2010

Its all about words

Kadang-kadang sesuatu perkataan itu dituturkan tanpa membawa dan memberi erti sebenar sesuatu perkataan itu.Kadang-kadang juga sesuatu perkataan itu digunakan tidak sama difahami seperti yang dituturkan.Ini lah lumrah kehidupan manusia.

Sebenarnya, aku sendiri tidak memahami situasi yang sedang aku alami sekarang ini.Ianya seolah-olah bermula baru sahaja berlaku tadi.Tapi fikiranku seolah olah tidak dapat menerima dan tidak dapat mengingati perkara tersebut.Ianya seolah olah tersimpan dan tersorok di suatu tempat yang tidak dapat ku cari.

Aku berfikir, apakah makna disebalik semua ini?.Apakah yang cuba disampaikan oleh DIA?.Apakah maksud yang disampaikan DIA sama seperti yang kufikirkan?.Apakah perlu aku mendapatkan penerangan semula?.Terlalu banyak persoalan bermain di minda.

Kadang kala kita cuba sedaya upaya untuk memahami sikap manusia.Tapi itu sesuatu perkara yang mustahil.Manusia dicipta tuhan dengan seribu satu perangai dan ragam.Kita hanya mampu melihat kelakuan mereka terhadap diri kita dan orang lain dan menerima sesuatu itu dari sudut yang positif.

Tuhan menjadikan manusia ini dengan bermacam-macam jenis dan spesis.Tapi tuhan menghubungkan sesama manusia dengan satu perkara, satu perkataan. CINTA. Dengan CINTA tuhan menghubungkan kita sesama manusia. Dengan CINTA juga manusia bleh hidup bersama- sama. CINTA adalah segala-galanya dalam kehidupan manusia. CINTA itu sendiri adalah kehidupan manusia.CINTA adalah kurniaan tuhan pada manusia

Bagaimana mungkin kita boleh benci seseorang itu jika kita CINTA kan nya.Bagaimana mungkin jika kita CINTA kan seseorang itu kita boleh melihat kejahatan dan kekurangan nya. CINTA telah mengaburkan segala- gala keburukan dia dimata kita.Bersyukurlah kerana tuhan telah mengurniakan CINTA bagi kita. Ingat lah CINTA itu bukan milik kita dan bersyukurlah jika tuhan meminjam kan CINTA NYA kepada kita.

Sunday, December 5, 2010

My 2nd Entry....melalutkan diri

Hmm x tau nak tulis pe untuk second entry blog aku nih....
time ni tgh free sbb pekse pon lambat lagi....
jumaat depan baru paper....
hmmm sebut pasal exam nih nk menanges aku dibuat nyer jawab paper Thermodynamics....
seminggu lbh aku study mcm x bermakne ape2 pon....
pasrah jela kalu kene ambik balik sem depan....
nak buat diploma je pon da makan mase dekat 5 tahun lebih....
gile ape....
bile la nk keje nk kawen nk kumpul harte....
hmmm....
aku rase setakat ni jela kot aku dok kat parit raje yang tercinte ni.....
aku fikir nak keje dulu la....
pastuh mungkin kalau ade rezki aku nak sambung ambik degree mungkin buat secare out campus....
tapi sebelom tuh....
aku nak keje nak kumpul duet nak kawen nk kumpul anak dan lain2 lagi....hahahaha
hmmm....
sebut pasal nak kawen nih.....
aku pon tak tau la sape la yang akan sudi menjadi isteri aku....
buat mase sekarang ni aku de kawan ngan sorang awek nih....
awek ni comey cantik baik pandai dan mempunyai mase depan yang sangat cerah....
berbanding pulak dengan aku....
yang hanya mempunyai mase depan yang masih samar-samar....
hmmm....
macam langit dengan bumi bezenye....
biarkan tuhan yang menentukan segalanya....
hehehehehe....
cukup sampai disini sahaje cerita ku yang memboringkan ni....
sampai jumpe dilain kali pada entry yang lain....
ADIOS(~_~")

Wednesday, December 1, 2010

Mari Berblogging


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
hehehehe...welcome to my new blog...
sebenarnye ni blog kedua aku selepas blog Aku Dia dan Kamu...
blog aku yang lepas telah di delete disebabkan oleh sebab-sebab yang tertentu yang tak dapat nak dielakkan dan dijelaskan...
hmmm x tau lagi pebende aku nk letak dalam blog nih...
kite tunggu,lihat dan bace ajelah yer nanti...
hehehe...