Kadang-kadang sesuatu perkataan itu dituturkan tanpa membawa dan memberi erti sebenar sesuatu perkataan itu.Kadang-kadang juga sesuatu perkataan itu digunakan tidak sama difahami seperti yang dituturkan.Ini lah lumrah kehidupan manusia.
Sebenarnya, aku sendiri tidak memahami situasi yang sedang aku alami sekarang ini.Ianya seolah-olah bermula baru sahaja berlaku tadi.Tapi fikiranku seolah olah tidak dapat menerima dan tidak dapat mengingati perkara tersebut.Ianya seolah olah tersimpan dan tersorok di suatu tempat yang tidak dapat ku cari.
Aku berfikir, apakah makna disebalik semua ini?.Apakah yang cuba disampaikan oleh DIA?.Apakah maksud yang disampaikan DIA sama seperti yang kufikirkan?.Apakah perlu aku mendapatkan penerangan semula?.Terlalu banyak persoalan bermain di minda.
Kadang kala kita cuba sedaya upaya untuk memahami sikap manusia.Tapi itu sesuatu perkara yang mustahil.Manusia dicipta tuhan dengan seribu satu perangai dan ragam.Kita hanya mampu melihat kelakuan mereka terhadap diri kita dan orang lain dan menerima sesuatu itu dari sudut yang positif.
Tuhan menjadikan manusia ini dengan bermacam-macam jenis dan spesis.Tapi tuhan menghubungkan sesama manusia dengan satu perkara, satu perkataan. CINTA. Dengan CINTA tuhan menghubungkan kita sesama manusia. Dengan CINTA juga manusia bleh hidup bersama- sama. CINTA adalah segala-galanya dalam kehidupan manusia. CINTA itu sendiri adalah kehidupan manusia.CINTA adalah kurniaan tuhan pada manusia
Bagaimana mungkin kita boleh benci seseorang itu jika kita CINTA kan nya.Bagaimana mungkin jika kita CINTA kan seseorang itu kita boleh melihat kejahatan dan kekurangan nya. CINTA telah mengaburkan segala- gala keburukan dia dimata kita.Bersyukurlah kerana tuhan telah mengurniakan CINTA bagi kita. Ingat lah CINTA itu bukan milik kita dan bersyukurlah jika tuhan meminjam kan CINTA NYA kepada kita.
No comments:
Post a Comment